Isnin, 19 Januari 2009

Tupperware?

Jenama nie mengingatkan aku masa kecik-kecik dulu mak aku ghajin bawak aku gi parti Tupperware katanyer...seronok aku ngikut..dapat jumpa geng jer...dier sembang ngan kengkawan dia...sembang pasal bekas makanan plastik..hehehe....sajer la plak aritu aku nengok kat website nie...memang banyak la design-design untuk bekas plastik nie...dan terjumpa plak program affiliate tupperware nie...jadi sesiapa rakan2 yang nak tambah passive income..cuba klik kat link nie....maner la tau.......














Jana Pendapatan Melalui Tupperware2u
Jana Pendapatan Melalui Tupperware2u


Kini anda boleh menjana pendapatan melalui Tupperware2u tanpa perlu membayar sebarang yuran keahlian. Hanya di Tupperware2u

Khamis, 11 Disember 2008

ORGANICA - Pokok Serai





Selepas 2 bulan spray organica kat pokok serai yang boss aku tanam kat tepi rumah ini adalah hasilnya...gambar yang pertama serai di tanam tanpa baja dan tanpa organica...agak perlahan pertumbuhan walaupun pokok hidup segar...gambar kedua aku spray organica 2 minggu sekali mengikut ratio yang shafy,Boss Prigel Agro sarankan...serai tumbuh dengan daun yang lebih hijau(dalam gambar x clear sangat), rizom yang lebih besar dan nampak macam bersamangat jer tumbuh.. :)... so kengkawan yang ade buat pertanian bolehlah order organica kat kami....bolehlah contact saya 017-2865296

Selasa, 9 Disember 2008

Lawatan Ke Cima Agro K.Selangor








Pada hari sabtu lepas 7/12/08, 2 hari sebelum Hari Raya Aidiladha aku mendaftar untuk taklimat cendawan dan contract farming Cima Agro. Amboi busy jugak jalan K. Selangor-Sabak Bernam...orang berpusu-pusu nak balik kampung...nasib baik kampung aku dekat jer heh heh...
sampai sana dalam pukul 3.15..lambat sket sebab nak carik jalan...tak susah nak cari Cima Agro nie...sampai di sana disambut oleh big boss Cima sendiri...Puan Mazlina dan supervisor dia mr. amin...panjang lebar penerangan oleh Puan Lina tentang cendawan tiram kelabu yang diusahakannya dan contract farming scheme Cima Agro...so banyaklah ilmu yang dicurahkan oleh beliau...tak kedekut ilmu diorang nie hehehe up sikit.....lawatan rumah cendawan di atur oleh amin, begitu pro diorang nie jaga bisnes cendawan tiram kelabu nie, dari tempat packing pp, rumah untuk membenih, tempat untuk kukus pun diorang reka sendiri......cayalah Cima Agro...selepas itu kami dijamu dengan Cendawan Goreng Tepung frozen, produk hiliran baru mereka..pergh tak berenti kunyah hehehe...sambil makan sambil cerita cendawan..aku sempat gak selitkan cerita produk organica milik Prigel Agro kepada beliau...menarik! kata puan Lina...next time kita sembang pasal ORGANICA pulak ya....sebelum pulang sedikit buah tangan diberikan kepada kami untuk dibawa pulang....terima kasih kami ucapkan kepada Pihak CIMA AGRO untuk semua ilmu yang dicurahkan....tindakan susulan selepas ini akan di buat insyaallah.... :)

Khamis, 4 Disember 2008

Aku dulu.....


Selalu tak jumpa kengkawan kita cakap aku dulu....aku dulu....sekarang nie time aku and bjfc geng lepak citer pasal bola...aku dulu macam tu lah macam nilah...macam-macam lagilah aku dulu....tapi takder cerita aku sekarang....fikir-fikirkanlah....casssss mechi

Ahad, 9 November 2008

Lembaran baru sebagai petani moden..Pertanian adalah Perniagaan...

Pertanian adalah satu perniagaan....setelah membuat kajian dan bacaan ilmiah dari rakan-rakan bloggers yang sudah memulakan projek pertanian mereka...timbul minat dan semangat untuk berjaya seperti mereka...so aku pun dengan penuh semangat membuat pelbagai perancangan..untuk fasa yang pertama aku akan setup company berasaskan pertanian.....dan ..setelah memerah otak mencari nama company dengan bantuan rakan sepejabat...Adli dan Ajis....tertubuhlah Agroland Resources....dan terbina lah blog aku yang pertama...hehehe