Selasa, 9 Disember 2008

Lawatan Ke Cima Agro K.Selangor








Pada hari sabtu lepas 7/12/08, 2 hari sebelum Hari Raya Aidiladha aku mendaftar untuk taklimat cendawan dan contract farming Cima Agro. Amboi busy jugak jalan K. Selangor-Sabak Bernam...orang berpusu-pusu nak balik kampung...nasib baik kampung aku dekat jer heh heh...
sampai sana dalam pukul 3.15..lambat sket sebab nak carik jalan...tak susah nak cari Cima Agro nie...sampai di sana disambut oleh big boss Cima sendiri...Puan Mazlina dan supervisor dia mr. amin...panjang lebar penerangan oleh Puan Lina tentang cendawan tiram kelabu yang diusahakannya dan contract farming scheme Cima Agro...so banyaklah ilmu yang dicurahkan oleh beliau...tak kedekut ilmu diorang nie hehehe up sikit.....lawatan rumah cendawan di atur oleh amin, begitu pro diorang nie jaga bisnes cendawan tiram kelabu nie, dari tempat packing pp, rumah untuk membenih, tempat untuk kukus pun diorang reka sendiri......cayalah Cima Agro...selepas itu kami dijamu dengan Cendawan Goreng Tepung frozen, produk hiliran baru mereka..pergh tak berenti kunyah hehehe...sambil makan sambil cerita cendawan..aku sempat gak selitkan cerita produk organica milik Prigel Agro kepada beliau...menarik! kata puan Lina...next time kita sembang pasal ORGANICA pulak ya....sebelum pulang sedikit buah tangan diberikan kepada kami untuk dibawa pulang....terima kasih kami ucapkan kepada Pihak CIMA AGRO untuk semua ilmu yang dicurahkan....tindakan susulan selepas ini akan di buat insyaallah.... :)

Tiada ulasan: